PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk mengenal pasti tanah yang sesuai termasuk tanah terbiar bagi penanaman kelapa menerusi projek keterjaminan berskala besar seperti yang dilaksanakan di kawasan pertanian di Sungai Sembrong Kiri, Kluang, Johor.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata jangkaan hasil pengeluaran kelapa mentah daripada projek berkenaan adalah 600 tan metrik setahun dengan janaan pendapatan kira-kira RM483,000 setahun, manakala jangkaan hasil pengeluaran santan pula adalah sebanyak 180 tan metrik setahun dengan anggaran pendapatan sebanyak RM1.4 juta setahun.
"KKDW memberi sokongan penuh kepada program yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan keterjaminan makanan negara dan meringankan beban kos sara hidup rakyat terutamanya penduduk luar bandar," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) menggariskan beberapa strategi untuk mempertingkatkan peranan luar bandar sebagai hab keselamatan makanan negara dengan KKDW sendiri telah menjalankan pelbagai inisiatif.
Antaranya ialah seperti program Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) yang mengoptimumkan pembangunan di tanah-tanah terbiar dalam beberapa perkampungan sedia ada dengan membangunkan produk nic dan dikembangkan supaya wujud ekonomi berskala besar, katanya.
Projek lain yang telah dilaksanakan agensi di bawah KKDW ialah membangunkan estet padi di Seberang Perak, Perak, seluas 3,264 hektar di bawah seliaan Felcra Berhad (Felcra), dengan nilai keluaran kasar yang dianggarkan untuk dua musim setahun hingga pertengahan 2023 sebanyak 23,737 tan metrik.
Felcra turut akan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan Sabah untuk membangunkan projek penanaman padi secara berkelompok seluas antara 15,000 dan 20,000 hektar, katanya.
"Usaha seumpama ini dapat membantu kerajaan menstabilkan stok penimbal beras yang disasarkan mencapai 290,000 tan tahun ini serta meningkatkan keterjaminan makanan negara," kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata Lembaga Kemajuan Wilayah di bawah KKDW juga akan meneruskan pelaksanaan program peningkatan keterjaminan makanan melalui penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, penternakan lembu dan ayam serta melaksanakan projek-projek akuakultur.
Dalam hal ini, katanya KKDW akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan Tahap Sara Diri yang disasarkan dapat dicapai.
Ahmad Zahid juga mahukan kerjasama di antara agensi di bawah KKDW dan KPKM dipertingkatkan termasuklah berkaitan bantuan dan sokongan dari segi latihan, kemahiran, penyelidikan dan pemasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Ahmad Zahid berkata jangkaan hasil pengeluaran kelapa mentah daripada projek berkenaan adalah 600 tan metrik setahun dengan janaan pendapatan kira-kira RM483,000 setahun. - Gambar fail/Bernama
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
AWANI Ringkas: Ugut ibu bapa selebriti | Kad Diskaun Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Johor rancang manfaatkan tanah terbiar untuk pertanian
Kerajaan Johor merancang untuk memanfaatkan tanah terbiar milik kerajaan ataupun persendirian di negeri itu agar ia dapat digunakan untuk tujuan pertanian, sekali gus dapat menambah hasil pertanian.
KKDW diminta kenal pasti tanah sesuai untuk penanaman kelapa
Kata Ahmad Zahid, KKDW akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan Tahap Sara Diri yang disasarkan dapat dicapai.
Kerajaan cadang usahakan tanah terbiar untuk pertanian moden - Ahmad Maslan
Kerajaan Persekutuan menerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedang mencari tanah terbiar di negeri-negeri untuk disewa atau dipajak bagi mewujudkan projek pertanian moden.
Bajet 2023: Manfaat tanah terbiar bantu tingkat sekuriti makanan
Kerajaan akan terus memperkasa sekuriti makanan supaya tidak lagi bergantung kepada bekalan import agar mampu berdaya tahan daripada sebarang kejutan pada masa hadapan.
Melaka beri kebenaran usahakan tanah terbiar untuk tanaman
Pembangunan tanah-tanah terbiar itu dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.
Bangunkan tanah terbiar antara usaha jamin sekuriti makanan negara - Ronald
Membangunkan tanah terbiar untuk pertanian adalah antara pendekatan yang akan diambil kerajaan untuk memastikan sekuriti makanan dalam negara terjamin.
Parlimen: Kerajaan terbuka kepada cadangan majukan tanah terbiar
Mana-mana pihak sama ada agensi kerajaan, pihak swasta mahupun orang perseorangan boleh memohon untuk membangunkan tanah terbiar.
GLC, badan berkanun di Perak perlu pastikan tiada tanah terbiar - Ahmad Faizal
Cadangan untuk menyewa tanah di bawah kerajaan atau GLC oleh golongan yang terjejas pendapatannya adalah amat dialu-alukan.
Kenal pasti pemilik rumah, tanah terbiar banteras denggi
Kawasan rumah dan tanah terbiar di Terengganu dikenal pasti antara lokasi utama tempat pembiakan nyamuk aedes kerana ia menjadi tempat 'pembuangan sampah tidak rasmi' oleh masyarakat setempat.